Saturday, 14 May 2011

Kegembiraan Terlampau

Amboi eila statement terlampau nampak...


Hari ini eila sangat-sangat gembira dan bersyukur kepada Allah s.w.t atas rezeki yang diberikan kepada eila. Firstly nak ucap thanks dekat LCCI bagi Silver Medallion Award kat eila. And thanks to my parents for accompany me to attend the awards ceremony today. Last but not least, to my friends i'm very very happy today.


Amboi..eila..macam berucap kat atas pentas je.. Mentang-mentang tak dapat berucap tadi nak jugak berucap kat sini plak..
Masa kat majlis anugerah tadi memang eila sangat terkejut sebab yang eila nampak hanya cina dan india cuma dua tiga orang je. OMG! macam mana ni (dalam hati). Bayangkan muka tak tentu hala sebab cuak punya pasal. Bila sampai kat dewan tu punyalah penyambut tetamunya sambut kami macam VVIP..hahaha..class gitu..First thing yang eila terkejut adalah nama pemenang anugerah masuk dalam surat khabar theSun..omaoma..off course nama eila ada sekali..errmm..malunya..



yahhh..that's my name..


Yang lagi tak boleh blah. Ada sorang madame cina ni pengendali majlis tu la.Tetiba dia datang kat eila and tanya.


Madame A: u dari mana?
Eila: Dari Uitm perak.
Madame A: Atas pentas nanti jangan lupa senyum ye. don't forget!..Jauh-jauh u datang thanks ya.


wah teruja sangat. But what something special about me yang tetiba dia salam eila padahal orang lain dia tak buat macam tu pun. pehh.. bangga tu. Mengharumkan nama Uitm..motiff??hahaha..
siap mama tanya lagi kenapa madame tu salam eila??Mama cakap maybe eila orang pertama perempuan bertudung kot yang nak ambil anugerah..ohh...ok fine eila baru perasan..hahaha


Yang paling bermakna sekali makanan dia sangat sedap..










Nampak sedapkan??Sememangnya sedap, ni baru sikit..memang berat perut la bawak balik. Melilih ayak liur korang tengokkan?? 


And yang ni memang tak leh lupa. penyampai anugerah tu sangat-sangat tinggi dan rasanya dorang senang je nak pijak eila.peeehhh..


With my friend, also from UiTM Sri Iskandar, Perak

Siap dapat certificate dengan medal lagi..




GATHERING MY FRIENDS..
Selepas balik dari Majlis Anugerah tadi eila siap-siap untuk jumpa kengkawan. Walaupun hanya kita orang 5 orang je memang happening la.. Mana taknya semua pakat pok pek pok pek.. Eila walaupun perut sangat penuh dan keletihan tetapi gagahkan jugak untuk datang. Sebenarnya ingatkan majlis ni nak makan-makan sambil jumpa borak-borak sebab dah lama tak jumpa.. Alih-alih kejutan yang tak jadi dorang buat. Rupa-rupanya dorang nak sambut birthday girl bulan 3 and 4 termasuk eila sekali la tu. tapi pada girl bulan 1 tak sambut lagi tu sempat jugak la menyelit.
Memang fun lah dengan diorang. Makanan terlalu banyak sampai bawak balik rumah siap.






Hari ini memang perut eila sangat-sangat penuh dan sebenranya tak tahu nak letak kat mana dah.

well sebenarnya kawan-kawan eila memang yang terbaik dan memang eila fun dengan korang semua. Koranglah anugerah dari Allah yang eila tah leh cari ganti. well done friends!! Makan jugak dadih aku yew..hahaha


Sesi memotong kek daripada birthday girlz..


Alala..comel ke tidak...hahaha

Hari ini hati eila sangatlah gembira dan senyum melebar sampai ke dahi. Terima kasih lagi sekali kepada semua yang turut serta dalam setiap event yang eila pergi hari ini. 
Ini lah gift yang eila dapat hari ini tak termasuk lagi yang lain.

that shoes present from my mom. untuk pakai kerja nanti..
thank mom!!love you so much...





Friday, 13 May 2011

Debaran Terasa (PART 2)

Sebenarnya entry ni sambungan daripada Debaran Terasa (PART 1)..


Seperti yang eila cerita sebelum ini. 14 Mei 2011 nanti ada 2 event yang kila kena pergi. Banyak betul persiapan yang eila kena buat. Eceh....Macam la awak tu artis. Tok sah dok perasan la minah oii... Eila nak cerita persiapan untuk first event dulu:


Sepertimana biasanya sebelum orang pergi event mesti make some preparation for example dressing, makeup or what ever la.. But for me, just pilih baju mana yang nak dipakai nanti and pilihan tudung yang sesuai untuk ke majlis anugerah tu nanti. Eila cuba untuk try tudung berbeza tapi baju sama je la..hahaha.... Tapi finally eila dah jumpa style tudung yang nak pakai besok...SIMPLE JE....


FOR EVENT YANG KEDUA PLAK.


Actually, every members yang join gathering ni kena bawak hidangan sendiri. Bajet tak kisah. tak ada limit. yang penting ikhlas.. Punyalah eila berfikir nak bawak apa nanti. After thinking for too long, eventually eila has decided to bring a dish of yogurt. Tak tahu sedap ke idak. hehehe.....first time tu nak buat..bukan senang..








Eila also prepared a gift for my friends who came as memories.




Harap-harap esok semunya berjalan dengan lancar..amin~~~



Thursday, 12 May 2011

Debaran Terasa (PART 1)

Ecewah...tajuk tak boleh blah betul...motif??


Ceritanya macam ni yop. Minggu lepas eila dapat call daripada lecturer. Memang nombor tak kenal and tak sangka lecturer yang call. Perbualan kami sikit-sikit macam ni la..


Pn. Asyikin: Hello. Saya Pn. Asyikin. Ni Nor Syakila ke?
Eila: Ye puan.Kenapa ye?
Pn. Asyikin: Ni saya nak bagitahu TAHNIAHLA awak dapat anugerah MYOB.


Sangat-sangat mengembirakan hati saya ni and then....
       tetiba plak phone off. Alamak time ni plak dia buat hal.BENGANG!
kk try call balik pakai nombor maxis. After that.


Pn. Asyikin: Ha Syakila awak dapat anugerah. Tarikh dia 14 Mei 2011 dekat Cititel Hotel sebelah Midvelly.
Eila: Ok puan. Nanti confirmkan kat saya balik ye masa dia. Terima Kasih....


Punyalah menjerit sampai sakit tekak..Alhamdulillah.. Walhal tak tahu anugerah apa sebenarnya
Bila difikirkan balik ALAMAK!!!! I will getting my friend at that day. OMG!!!
OK2...Call dorang..


Selepas berbincang dengan kenkawan semua dorang bersetuju untuk adakan majlis tu lambat sikit.
Eila ucapkan Terima Kasih sangat-sangat kepada sahabatku kerana memahami situasiku ini. Dorang adakan majlis tu lambat sikit atas sahabat-sahabat lain pun bekerja..THANK YOU SO MUCH TO MY FRIENDS!!

Wednesday, 11 May 2011

Bayi 1 Badan 2 Kepala

Tajuk yang betul-betul menarik perhatian eila....

Pagi tadi eila beli surat khabar Harian Metro. Sampai la satu artikal ni memang tengok picture dia eila terus rasa sebak. Bukan pasal orang meninggal ke kemalangan ke. BUKAN!. Tapi pasal ada 1 pasangan baby kembar siam ni yang mempunyai 1 badan 2 kepala. 



Menakjubkan bukan. Ini semua kuasa Allah s.w.t. Cerita ini berlaku di Beijing. Sangat menyedihkan bayi ini mempunyai 2 tangan dan 2 kaki sahaja. Cuba anda bayangkan bila badan dorang terpisah. Memang susah bukan. "Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan jarang berlaku. Sebenarnya, ada je kes sebegini pernah berlaku."

Insyallah dengan berkat doa saya dan anda semua, pembedahan ke atas bayi ini selamat dijalankan.

Monday, 9 May 2011

Permulaan hari ini dalam sejarah

Kalau masuk rumah mesti bagi salam.. Kalau mula buat apa-apa pun mesti baca 
سْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ.. Kalau nak study mesti prepared buku dulu..Kalau budak baru nak belajar berjalan mesti parents dia ajar tateh dulu.. eh da berapa banyak kalau daa. Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan di sini adalah setiap apa yang kita buat mesti ada titik permulannya. Is it correct?? So this would be my beginning of the blogging world. 

Excited betul dah ni. Teruja betul nak buat blog yang pertama. Almaklumlah kelambatan..hehehe..
Actually dah lama teringin nak buat blog cuma tidak berkesempatan je.. errmm..nak tulis apa ni.. Mata dah mengantuk ni... apa kata tidur dulu.. Bak kata Dr.Fadzilah Kamsah, "badan kita memerlukan rehat yang cukup" that way eila rasa nak tidur dululah baru ada tenaga nak buat entry yang gempak-gempak sikit..

Eila masuk tidur dulu la..selamat malam..daa~~